Give & Take :)
Regu.
Friday, 20 February 2015 • 12:18 • 0 comments




Setiap satu perkara pasti kan ada regunya.

Makan dan Minum.

Langit dan Bumi.
Siang dan Malam.
Kau dan Aku.
Hidup dan Mati.

Pasti ada pasangannya. Cuma Yang Maha Satu sahaja yang terkecuali daripada fitrah regu ini.


Manusia dan Kehidupan.

Datang dan Pergi.

Lumrah dan Fitrah.

Hidup. Kehidupan. 
Tiada apa yang akan menunggu. Walau secebis cuma. Tiada.

Semuanya hanya pinjaman.

Sehinggalah tiba satu masa, Dia mengambil semula apa yang diberi pinjam.
Tatkala masih mampu hidup bersama kehadirannya.
Nikmati. Hadapi. Hargai.

Demi sesungguhnya,

saat ini tidak akan kekal buat selamanya.
Kembali pada fitrah. 
Di mana ada pertemuan, pasti jua kan ada perpisahan.
Di mana ada kegembiraan, pasti jua kan terselit kesedihan.

Hanya tinggal beberapa detik cuma.

Semua bakal berakhir. Semua.
Menuju jalan masing - masing.
Bergerak mengikut arah masing - masing.

Tidak mudah.

Sungguh, tidak akan mudah menghadapi perpisahan ini.
Mungkin saja bukan satu tempoh yang begitu lama untuk diratapi,
Tetapi tetap membuahkan 1001 kenangan manis jua pahit.
Alhamdulillah. Diberi kesempatan merasa nikmat ukhuwah ini.

Susah senang.

Gelak tawa.
Bagaimana kan dilupa?

Sehinggalah pada penghujungnya,

Harus tetap menerima,
Tiada apa yang akan kekal di alam fana' ini.
Begitu juga manusia.
Datang dan pergi.

Kerna pada akhirnya,

hanya Allah yang sentiasa berada di sisi kita.

Titipkan doa. Semoga pengakhiran kita menuju jalan yang sama. Jalan syurga. 




Hey you ?! ;)


Diary About Link




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Balqis Fadzil